BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 20, 2011

HaLuS...

halus...
mmmm aku menziarah beberapa wall facebook mlm tu..satu persatu ku belek,,sengaje mencari bahan..lalu ku temui perkataan ini..tuan empunya yg sgt2 la aku kenali..HALUS..kebanyakan ayat, poss beliau ada perkataan tu..tergeraklah hati ni nak bertanya..Apa itu HALUS??

dia ketawa..mcm biasa..langsung tak ambil serius dgn pertanyaanku..kemudian dia menjawab..HALUS itu WANITA...

aku terdiam..begitukah panggilan anda terhadap kami? bunyinya manis kan?? lalu aku belek semula setiap 'wall post' nya yg ada perkataan tu.

semakin memahami sesuatu..lantas jari jemari aku memberikan syarat..

wahai sang HALUS,
pernahkah terfikir oleh anda apakah persepsi lelaki terhadap anda?

21 tahun aku melalui hidup..
21 tahun juga membuatkan aku semakin keliru, bertanya, ambil tahu, ambil kisah...
bkn sekadar buat tak endah..
kerana aku juga sang HALUS itu...

aku bkn sekadar memandang, dan mendengar..
setiap apa yg berlaku itu kususun semula menjadi TANDA untuk hidupku nanti

Sang Halus...
Anda mmg diciptakan cantik
anda rasa dihargai...
ada sahaja yg mendekati..
ada sahaja yg menawarkan diri..
anda di bawa ke hulu, ke hilir..
dikenalkan kepada teman2 mereka..
lalu teman2 mereka memuji..
"Cantik Halus Kau. Untunglah"
tersenyum lah dia yg berjaya menawan hati anda..
anda pun terasa berbunga, tersenyum bangga
Tidakkah anda rasa seperti TROFI??
di jadikan hiasan, alasan untuk bermegah2..

tak perlu cantik rupa..kadang2, rupa biasa2 je..kira tahap 'BOLEHLAH' asal ada..
ke sana ke sini di bawa..
tau ke ape kata mereka??
siapa dia? senang nak ayat ke? bak no?
tu lah yang jadi kes no HP dah mcm no perkhidmatan pelanggan..
ada je yg call bertanya
nak kenal boleh? nak kawan je?
hmmmm nak kawan ke nak suka2??
ada pulak kadang2 rasa bangga, rasa popular..
ntahlah...
sebenarnya kadang2 kita tak minta..
tapi tau ke kita persepsi mereka..
cuba try tanya...
apa sebenar niat disebaliknya...

sang halus yg seksi meksi
kata mereka..senang ayat ni..senang nak usung, senang nak hurung..
boleh kongsi, boleh jadi tayangan umum..
hmmm..tak baik tau suka2 nak judge org...
tp itu kata kita..
pandangan mereka??
hmmm boleh agak tak??apa mereka nak??

sang halus yg bertudung
sejuk mata memandang..
tp kalau ada jugak yang nak terlebih pandang??
sang halus dah manis bertudung...kenapa nak diusung??
kalau benar niat nak jadikan isteri..bawa jumpa ibu ayah..
tapi kalau setakat nak suka2, baik tak payah..
tak hairanlan..kata mereka zaman sekarang tudung tu fesyen je..patut ke??
tak baik tau!!
jangan tak tau..anda juga tak terlepas daripada pandangan serong mereka..

kisah ini memang benar2 berlaku...kita kadang2 terlampau selesa dengan apa adanya kita...
mmg kata org..tak baik fikir negatif..
tapi kalau kita fikir positif, mereka niat negatif mcm mana??
aku menulis berdasarkan apa yang aku sendiri lalui..
kadang2 rasa mcm tak nak ambil kisah apa kata mereka..tp..

cuba anda duduk dalam sebuah kumpulan lelaki, tgk bola, minum teh tarik sama2..
bukalah cerita pasal sang HALUS
keluarlah bahasa.. 'terbaik dari ladang'..'cikaro'..bohsia.'susu segar'..baek punye'..
suka2 mereka je nak letak nama..
kadang2 si HALUS tu tak buat apa2 pun..saje nak buat HOT cerita..kan??

aku bukan menunding jari..apatah lagi niat nak sakitkan hati...
bukan seksis atau pesimis..
sekadar mengisahkan apa berlaku di belakang..
untuk dijadikan pedoman yg di hadapan...

kepada lelaki2..hmm..tak baik kan kita memper'enak'kan cerita...
memangla kadang2 golongan halus ni ada tak betulnya..jadi, anda yg bijak pandai, arif lagi mengetahui..bimbinglah mereka..bukan menjahanamkan lagi...
tak payah nak bangga sgtlah dgn kemenangan anda menakluki golongan 'halus' ni.. kan lebih baik anda berbangga jika berjaya membawa golongan halus ini ke arah yg lebih baik seperti mana yg anda inginkan..kalau anda mahu yang baik, kan lebih sempurna kalau anda sendiri yg mem'perbaikkan..anggaplah HALUS2 ini juga manusia yg perlu dipelihara hatinya..anggap mereka seolah2 ibu,kakak dan adik perempuan anda..tergamak ke nak mengata??

kepada sang HALUS seperti aku juga...
fikir dulu sebelum dibuang..
(nasihat untuk diri sendiri juga)... :)

Wednesday, March 16, 2011

KeNaPa PaRi-PaRi??

Hmm mesti ada yang nak tau knp aku guna nama PARIPARI untuk blog,fb, dan benda2 yang sama waktu dengannya kan? Ada lah jugak komen dari sesetengah pihak. Mereka kata knp paripari? perasan cantik ke?? perasan baik ke??Ada jugak yg ckp "jangan taksub sgt, nanti terpesong. Pari2 tu mcm ke arah2 agama lain je.

Jauh sgt menyimpang tu. Pari2 ni cuma simbolik aje. Kira bukanlah sampai aku percaya kewujudannya. Absurd!! Mengarutlah!! Aku still rasional lagi k.

Bagi aku, Pari2 melambangkan sejenis makhluk yang sedaya upaya memenuhi permintaan org lain dan cuba mengembirakan org di sekelilingnya walaupun diri dia sendiri belum tentu "happy". Lebih kurang mcm tu lah kan. Haaa... itu pun bukan bermaksud aku perasan baik. Kira aku nak jadikan "watak" ni sebagai spirit la untuk aku jadi org yg akan cuba untuk memelihara org2 sekeliling aku. Bukan nak jadi heroin cerita fantasi, jauh sekali perasan cantik mcm sesetengah org ckp kan.

Cuba anda semua tgk watak pari2 yang ada. Tak kisah lah dalam cerita apa pun. Sebagai contoh, Sad Fairy melambangkan watak pari2 yang berada dalam kesedihan, tapi dalam masa yang sama bertanggungjawab untuk mengembirakan org yg sepatutnya. Kira cuma satu simbolik lah.

So, lepas ni aku harap tak ada yang salah sangka lagi dengan nama tu ok.
Thanks for reading..

Thursday, February 24, 2011

TaNyA SaMa HaTi

Tanya sama hati,
Adakah wujud secebis simpati,
Melihat anak-anak kecil terusan berlari,
Mencari tempat menyelamatkan diri,
Merangkak bersembunyi,
Sedang peluru beterbangan sana sini,
Menangis mencari erti apa yang terjadi,
Langsung tak mengerti.

Tanya sama hati,
Wujudkah secubit kasihan,
Melihat si ibu yang menahan,
Segala derita yang tersimpan,
Merempuh bahaya mencari makanan,
Buat si anak yang merengek kelaparan.

Tanya sama hati,
Apakah rasa,
Melihat derita mereka,
Setiap detik menghitung dan mengira,
Saat berlalunya masa,
Menghitung waktu hilangnya nyawa mereka,
Seperti yang lainnya,
Berjuang demi negara,
Yang diserang kekejaman dunia.

Tanya sama hati,
Tergamakkah terus memandang?
Tertahankah terus memendam?
Mendengar dentuman peluru perang,
Melihat dunia kian kejam.

Tanya sama hati,
Pekakkah telinga?
Butakah mata?
Tertahankah rasa?
Andai segalanya itu terjadi pada kita.

Andai,
Kekuatan kita tak mampu dijadikan senjata,
Ketabahan kita tak mampu dijadikan perisai,
Sedang kemarahan membara,
Perit di sana seakan terasa,
Bekalkan mereka doa,
Agar hati mereka kian kental,
Agar jiwa mereka kan terus kebal.

Sunday, February 20, 2011

CiNtA TeRLaRaNg

Fisya mengeluh. Otaknya masih ligat memikirkan perkara yang berlaku tadi.
Dia akur, dia semakin tewas dengan perasaannya sendiri. Puas sudah menepis, jenuh juga mengelak tetapi perasaan itu semakin memaksa.

Dulu, insan itu yang paling dibencinya. Menabur ayat manis sana sini. Berjalan megah. Berlagak tenang sentiasa. Tapi ntah kenapa dia popular di kalangan pelajar kampus. Ntah apa kelebihannya.

Dia perempuan. Sama dengan Fisya. Cuma yang berbeza, dia tak kelihatan seperti itu. Dia lebih senang mengenakan pakaian lelaki. Rambutnya dipotong pendek persis lelaki metroseksual. Gaya jalannya juga langsung hilang ayunya. Kasar! dan dia digelar ' Pengkid'.

Memang dia berbeza. Namun hati Fisya tidak pernah goyah. Memandang pun rasanya dia tidak sudi. Insan seperti itu berkata-kata seindah rupa. Keikhlasan ntah terselit dimana. Fisya tak pernah yakin. Tak pernah sekalipun dia percaya. Tak pernah terlintas di fikirannya, tak pernah wujud dalam hatinya perasaan sebegitu. Lagipun, dia sememangnya tidak boleh.

Tapi itu dulu. Kini Fisya seolah-olah mulai mengalah. Egonya yang melangit seakan-
akan menjunam jatuh.

Dia memandang ke arah meja bersebelahan katilnya. Bunga itu masih di situ. Tak
dibuangnya seperti selalu. Coklat dibiarnya tidak berjamah malahan masih seperti belum terusik. Pembungkusnya cantik. Berwarna merah jambu, warna kegemarannya. Lalu dia mencapai kad yang masih melekat pada pembungkus itu. Membacanya berulang kali.

" Walau sekalipun aku tidak kau pandang, relakan aku terus memandangmu".

Fisya mengeluh lagi.

*************************************************************************************

Langkah diatur perlahan. Tak selaju biasa. Keyakinan dirinya semakin menghilang. Fiq akur. Gadis itu susah benar mahu dilenturkan. Keras semacam hatinya. Puas dilakukannya pelbagai cara. Memandang pun tidak, apatah lagi bersuara.

"Agaknya dia tidak boleh menerima cinta yang sebegini." Fiq bersuara di dalam
hati. Dia tahu dia sebenarnya tidak boleh terus-terusan begitu, seakan-akan memaksa Fisya menerimanya.

Cuma, perasaan itu seringkali menderanya. Perasaan yang sukar digambarkan. Perasaan yang mula dirasanya ketika di zaman kanak-kanaknya dulu lagi. Kadang-kadang, dia juga pelik. Dia tahu dia tidak seharusnya berperasaan begitu. Tapi, susah benar nak dihilangkan perasaan itu.

Di kampus, dia sangat diterima. Ntah kadang-kadang dia pun tak tahu mengapa. Mungkin kerana rupa semulajadinya yang comel. Cara berpakaiannya yang semakin diterima. Ada saja gadis yang cuba menggodanya. Tetapi yang pasti, mereka tidak sekeras hati gadis itu.

Pernah dia memberi alasan sekadar mahu berkawan rapat. Tiada tindak balas. Fisya membatu seperti selalu. Senyum pun tidak. Susah. Sehinggakan dia terpaksa curi-curi lihat gadis itu ketika bersama kawan-kawannya. Senyuman yang tidak pernah diraihnya itu diperhatikan sahaja. Manis di sana. Tapi pastinya kelat kalau di dekatnya.

Bagi Fiq, bukan senyuman itu yang terlalu menarik, tetapi sikap Fisya yang dirasakan lain. Kelam kabutnya membuatkan mata Fiq tidak jemu memandang. Kadang-kadang Fiq tersenyum sendiri. Kalau Fisya berjalan ada sahaja barang dilanggarnya. Barang dipegang pun boleh jatuh. Itu yang membuatkan Fiq sangat suka mengusik Fisya awalnya.

Tapi perasaan itu semakin tidak dimengerti. Tidak terkawal lagi. Dia suka melihat gadis itu. Semakin suka sehingga dia semakin lupa.

Mata Fiq meliar. Sesekali dia menoleh ke belakang. Kelas dah bermula tapi kelibat
Fisya langsung tak kelihatan. Dia mula gelisah.

" Tak kan sebab semalam, dia dah tak mahu datang ke kelas". Hatinya bersuara.
Fiq menepuk bahu Liya di sebelahnya.

"Kau nampak Fisya tak? Dia tak datang kelas ke?".

Liya mengesat-ngesat matanya yang masih layu. Hampir dia bersuara kuat tadi setelah ditepuk Fiq. Terkejut dari lena. Dia ingatkan Miss Mira yang menepuknya. Nasiblah dia tak bersuara tadi, kalau tak pasti satu kelas akan tahu dia curi-curi tidur.

"Manalah aku tahu, bukan aku jaga tepi kain atuk nenek dia, kau tanyalah kawan-kawan serumah dia. Ha, yang kau sibuk-sibuk tanya dia kenapa? Tu Miss mengajar kat depan tu
, belajarlah. Jangan nak berangan pulak."

Fiq bengang. Ntah apa angin 'minah sorang' ni.

Pintu dibuka tiba-tiba. Fisya meluru masuk.

"Minta maaf Miss, saya terlambat. Kunci rumah saya hilang tadi. Puas cari baru jumpa."
Fisya memberi alasan. Dalam hati berdoa tidak dimarahi.

"Tak apalah, duduk cepat". Miss Mira mengajukan tangannya ke depan.

Fisya pantas berjalan mencari tempat. Sedang dia melalui sebelah tempat duduk Fiq, dia bersuara perlahan.

"Terima Kasih".

Fiq mengetuk kepalanya sendiri berulangkali. Bimbang dia sedang bermimpi. Gadis itu mengucapkan terima kasih buat pertama kali. Fiq menoleh ke belakang. Dia tersenyum. Dan senyumannya berbalas. Terasa melayang seluruh tubuhnya. Apa yang Miss Mira bebelkan lansung tak masuk ke kepalanya. Jantungnya seolah-olah berdegup laju, hati seakan berirama memainkan lagu. Ntah lagu apa serancak itu. Hendak menoleh lagi risau Miss Mira perasan pula. Yang pasti dia sangat gembira. Mahu saja dia menjerit. Lantas jari jemarinya menari.

"Fiq Luv Fisya". Di atas meja dilahirkan perasaan itu.

"Kau tak boleh Fisya. Langgar hukum alam namanya tu. Kau tak risau ke nanti orang mengata?"

Min cuba menasihatkan teman baiknya. Memang, dia juga tidak sempurna. Ada sahaja silap dilakukannya. Tapi dia tak mahu kelak masalah melanda Fisya.

"Aku tahu tu. Tapi sebelum ni pun, ada je perempuan lain dengan dia. Tak ada yang mengata sangat pun. Lagipun, aku bukan serius. Saje nak mengisi masa yang dah terlampau lapang ni. Kau janganlah risau. Anggap je lah kami berkawan biasa aje".

Fisya nekad kali ini. Dia benar-benar sudah mula sayangkan Fiq. Sengaja dia berkata begitu untuk menenangkan hati sahabatnya itu. Kawan biasa? Perasaannya sendiri sebenarnya tidak menerima istilah itu. Fisya mencari istilah sesuai bagi menggambarkan perasaannya. "Cinta Terlarang." Ya. Itu lebih sesuai. Fiq Cinta Terlarangnya...

************************************************************************************

Fiq membuka radio lalu merebahkan badannya ke katil. Lagu Cinta Terlarang nyanyian The Virgin kedengaran memenuhi ruangan biliknya. Penat memang penat. Tapi bersama Fisya seharian membuatkan dia lupa segalanya. Menonton wayang. Jalan cerita yang tak berapa difahaminya. Sibuk memerhatikan Fisya yang tak berhenti mengunyah popcorn.
Tak pernah dirasainya perasaan seperti itu. Memang Fisya bukan gadis pertama dalam hidupnya. Tapi, bersama Fisya tidak sama seperti gadis sebelumnya. Manja. Kebudak- budakan. Melayan kerenah Fisya membuatkan dia rasa sangat diperlukan.

Dia puas melayani kerenah Fisya. Gadis yang diburunya semenjak pertama kali terlihat. Kini gadis itu sudi menjadi kekasihnya. Fisya menerimanya akhirnya.

Memang acap kali dia terdengar suara-suara belakangnya yang mulai curiga, menabur pelbagai cerita. Fiq tak ambil peduli. Baginya, mereka tak memahaminya. Mereka tak merasai perasaan itu. Mereka tak punyai naluri sebegitu. Selagi Fisya bersamanya, dia akan bahagia.

"Terima kasih sayang. B sayang kamu selamanya".

Seketika kemudian mesej berbalas.

"Sama-sama. Sayangkan kamu juga".

"Happy Birthday sayang. B sayang BB".

Fisya tersenyum. Dia membuka laci almari, meletakkan kad itu bersama kad-kad lain. Semuanya pemberian Fiq. Tak terhitung lagi jumlahnya.

Bunga itu dicium. Sesekali tangannya gatal mahu mencabut kelopak-kelopak bunga. Fisya bukanlah "Minah Bunga". Dia tak terlalu mengagumi bunga seperti gadis-gadis lain. Tetapi atas nama sayang yang terlalu, dia mulai menanam perasaan suka pada bunga. Masakan tidak, dalam sebulan ada sahaja bunga yang bertandang di hadapan pintu rumahnya.

Dicapainya pula 'Teddy Bear" di hujung katil. "Ucuk" nama panggilannya. Nama yang direka bersama Fiq. Itu juga pemberian Fiq. Tanda sebulan bersama, katanya..

Fisya benar-benar rasa dihargai. Perasaan yang tak pernah dirasainya sebelum ini bersama lelaki-lelaki dalam kisah silamnya.

Fiq sentiasa ada ketika diperlukan. Tidak lokek menyerahkan bahu ketika Fisya menangis. Tidak penat memujuk ketika Fisya memuncungkan mulutnya. Setitis air mata yang mengalir dari mata Fisya, dikira sebagai deritanya juga. Rajuk Fisya, penghias hidupnya.

"Bagaimana hendak ku lupakan insan se"sweet" dia. Bagaimana nak ku tinggalkan semua ini??".

**************************************************************************************

"Dulu lagi aku dah nasihatkan, langsung kau tak dengar. Kau tetap dengan pendirian kau. Sekarang? Aku dah cakap, soal hati bukan boleh dibuat main. Aku dah cakap, kau tak kan selamanya dengan dia. Kau ni degil. Sekarang dah jadi macam ni, macam mana kau nak patah balik?'.

Min menghayun tangannya berkali-kali. Mukanya merah padam menahan marah.

"Aku tak tahu aku akan sayangkan dia sampai macam ni". Fisya bersuara perlahan. Bergetar menahan sebak.

"Aku tahu aku salah. Tapi aku tak ada kekuatan nak tinggalkan dia. Sungguh, aku sayang dia Min. Kalau boleh aku nak bersama dia selamanya. Aku rela tak kahwin".

Min pantas mengangkat muka. Mahu sahaja ditampar sahabat baiknya itu.

"Kau jangan buat aku marah Fisya. Kau sedar tak apa kau cakap ni?Aku memang tak patut biarkan kau dari dulu lagi.

Min nekad. Dia harus melakukan sesuatu!

Fiq resah. Seharian tiada khabar berita dari Fisya. Kemanakah dia? Dia mula mengelamun. Kalau boleh, dia mahu bersama gadis itu selamanya. Tak mahu dipisahkan sehari pun. Sedangkan sekejap itu pun dia sudah resah. Dia memerhati gambar Fisya. Memerhati gambar mereka satu persatu. Perasaan itu semakin dalam. Sukar nak dikikisnya lagi. Sayang yang teramat. Kasih yang terlalu. Bagaimana hidupnya tanpa Fisya? Sukar digambarkan rasanya nanti.

"Mampukah aku kehilangan dia."

Ntah perasaan apa yang merasuk. Ntah kenapa dia semakin sayu. Laju air jernih mengalir meninggalkan matanya.

"Sememanganya aku tak boleh memilikinya".

Fiq melayan emosinya. Perasaan yang mempermain-mainkannya. Dia melihat cermin.

"Aku sempurna fizikalku. Tetapi bukan untuk bersatu dengannya. Jiwaku ini sungguh untuknya. Tetapi pasti bukan selamanya."

Dia teringat pertanyaan Fisya...

"B, hubungan kita sampai bila??".

"Kenapa tanya macam tu? Kamu dah tak mahukan B??".

"Bukan macam tu, BB cuma nak tanya".

"Mmm.. Sampai kamu jumpa bakal suami kamu. Masa tu B akan lepaskan kamu. Demi kebahagiaan kamu."

"Habis B macam mana?"

"B tetap akan macam ni. menyayangi kamu selamanya. Hati B tetap untuk kamu. Sekalipun kamu bukan dengan B nanti. B akan perhatikan kamu, senyum untuk kamu, perasaan ini tak akan berkurang sedikit pun. B janji sayang kamu selamanya. B janji kamu yang terakhir".

Fiq sendiri sebenarnya tak pernah terfikir tentang itu sebelum itu. Fisya membuatkan dia terfikir tentang kelak hidup mereka.

Telefon tiba-tiba berbunyi. Lamunannya terhenti.

Jaketnya dicapai pantas. Diambilnya kunci kereta. Fiq terkejut dengan mesej yang baru diterimanya. Air mata mengalir deras. Terasa nafasnya seolah-olah tersekat. Otak seakan berhenti berfungsi. Kaki tangannya ketar.

Fiq memecut kereta. Tak diendahkan lagi kereta-kereta lain di jalan. Yang pasti dia tak mahu kehilangan.

"Kenapa kau sanggup?". Fiq bertengkar dengan ilusinya. Mencari konklusi di sebaliknya.

"Dan kenapa tiba-tiba? Apa salahku?". Ilusinya kaku. Imaginasinya membisu. Tiada sebarang jawapan untuk setiap pertanyaan hatinya.

"B, BB sekarang dekat 'airport', Papa nak hantar BB belajar kat London. BB nak beritahu awal tapi Papa dah rampas 'handphone' BB. Min dah beritahu Papa semuanya. BB minta maaf. Agaknya memang sampai sini aje hubungan ni. B jaga diri baik-baik. BB harap B jumpa cinta sejati B nanti".

Mesej itu dibaca lagi. Lesu seluruh anggota badannya. Terasa longgar jari jemari. Terasa sesuatu tersekat di kerongkongnya. Air mata itu tidak pernah simpati. Mengalir jua sedangkan dia terkaku...

Fisya menoleh lagi. Seakan tidak percaya dengan apa yang baru dilihatnya. Tujuh tahun berpisah, tak sangka bertemu semula di situ. Lipatan kenangan dibukanya satu persatu. Masih segar di mindanya.

Fisya tersenyum. Dia mahu mengejar kelibat tadi. Pasti dia tidak tersilap biarpun jauh. Matanya mungkin tersilap tetapi gerak hatinya tak mungkin salah. Tingginya, matanya masih sama.

Langkahnya diluaskan. Laju mengejar. Seakan-akan berlari kecil. Lalu disentuh bahu itu. Disapa dengan senyuman.

"Maafkan saya, kalau tak silap awak ni Syafiqah kan? Fisya menduga.

Dia berhenti. Tangannya yang sedari tadi berpegangan dilepaskan. Lalu ditenung wajah dihadapannya. Lama dia terdiam. Masa juga seakan berhenti memberi peluang. Dibukanya potret kenangan silam. Kemudian dia tersenyum. Manis!

"Ya, ini saya Syafiqah, tak sangka awak masih kenal saya". Dia bersuara.
Serak suaranya masih sama. Getaran itu masih dapat dirasa.
Fisya terus mentelaah sudut wajah itu. Rupa yang dulu dibiarkan kosong, nampak serinya dengan calitan solekan tipis. Mata bundar itu nampak lebih indah. Dan yang paling sukar dipercayai, gadis di hadapannya kini berbaju kurung merah jambu. Rambutnya kini melepasi bahu dibiarkan lepas bernafas. Sesekali berterbangan ditiup angin petang.

Tak pernah langsung terlintas di sudut mindanya, akan bertemu Fiq berkeadaan begini. Sukar digambarkan perasaan itu. Lain. Lama sudah mereka berpisah. Fiq benar-benar berubah. Sama sepertinya. Dia juga sudah berubah. Sudah dibuangnya perasaaan itu jauh-jauh. Di London, dia menemui cintanya. Cinta yang direstui keluarganya. Kenangan mereka memang masih berbekas di hatinya. Tapi perasaan itu cuma tinggal parutnya.
"Mmm kenalkan, ini suami saya, Hariz."
Fiq kembali bersuara sambil mengangkat tangan yang dilepasnya tadi. Lalu digenggam erat tangan itu. Dia kelihatan yakin.

Fisya meneliti wajah disebelah Fiq. Dia kembali mengukir senyum.

"Sebenarnya dialah cinta terakhir kamu, cinta sejati kamu. Saya berbahagia kerana itu. Kamu menemuinya akhirnya." Desisnya di dalam hati.

CeRiTa LuCu

SAAT INDAH AWAL PERKAHWINAN

Teruna: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara: Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna: Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara: Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara: Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna: Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara: MAhukah kau menciumku?
Teruna: Ya! Dara: Sayangku....!

Sesudah 5 tahun perkahwinan....

Sila baca dari bawah keatas

SEJARAH NAMA NEGERI PAHANG

Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.

ROBOT KESAN BOHONG

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...dan semua terdiam...

MENANTU HANTU

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".

PUISI SUAMI NAK KAHWIN LAGI

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya
bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...

*** Balasan Puisi sang isteri***
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran
mu...

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...

MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!

Oh, please lah....!!!
NAK KAWIN LAIN KONON!!!

Thursday, February 17, 2011

RaHSiA BuLaN KeLaHiRaN

JANUARI

  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros

JUN

  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Seorang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja

OGOS

  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan

SEPTEMBER

  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Seorang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik

OKTOBER

  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • Seorang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat

NOVEMBER

  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik
Hasil Kajian Dr Fadzilah Kamsah

Friday, May 20, 2011

HaLuS...

Posted by Miss Zahira (saya sukakan Pari-Pari jadi saya suka orang panggil saya paripari) at 3:34 PM 0 comments Links to this post

Posted by Miss Zahira (saya sukakan Pari-Pari jadi saya suka orang panggil saya paripari) at 10:16 PM 0 comments Links to this post

Hmm mesti ada yang nak tau knp aku guna nama PARIPARI untuk blog,fb, dan benda2 yang sama waktu dengannya kan? Ada lah jugak komen dari sesetengah pihak. Mereka kata knp paripari? perasan cantik ke?? perasan baik ke??Ada jugak yg ckp "jangan taksub sgt, nanti terpesong. Pari2 tu mcm ke arah2 agama lain je.

Jauh sgt menyimpang tu. Pari2 ni cuma simbolik aje. Kira bukanlah sampai aku percaya kewujudannya. Absurd!! Mengarutlah!! Aku still rasional lagi k.

Bagi aku, Pari2 melambangkan sejenis makhluk yang sedaya upaya memenuhi permintaan org lain dan cuba mengembirakan org di sekelilingnya walaupun diri dia sendiri belum tentu "happy". Lebih kurang mcm tu lah kan. Haaa... itu pun bukan bermaksud aku perasan baik. Kira aku nak jadikan "watak" ni sebagai spirit la untuk aku jadi org yg akan cuba untuk memelihara org2 sekeliling aku. Bukan nak jadi heroin cerita fantasi, jauh sekali perasan cantik mcm sesetengah org ckp kan.

Cuba anda semua tgk watak pari2 yang ada. Tak kisah lah dalam cerita apa pun. Sebagai contoh, Sad Fairy melambangkan watak pari2 yang berada dalam kesedihan, tapi dalam masa yang sama bertanggungjawab untuk mengembirakan org yg sepatutnya. Kira cuma satu simbolik lah.

So, lepas ni aku harap tak ada yang salah sangka lagi dengan nama tu ok.
Thanks for reading..

Thursday, February 24, 2011

TaNyA SaMa HaTi

Posted by Miss Zahira (saya sukakan Pari-Pari jadi saya suka orang panggil saya paripari) at 12:07 AM 0 comments Links to this post
Tanya sama hati,
Adakah wujud secebis simpati,
Melihat anak-anak kecil terusan berlari,
Mencari tempat menyelamatkan diri,
Merangkak bersembunyi,
Sedang peluru beterbangan sana sini,
Menangis mencari erti apa yang terjadi,
Langsung tak mengerti.

Tanya sama hati,
Wujudkah secubit kasihan,
Melihat si ibu yang menahan,
Segala derita yang tersimpan,
Merempuh bahaya mencari makanan,
Buat si anak yang merengek kelaparan.

Tanya sama hati,
Apakah rasa,
Melihat derita mereka,
Setiap detik menghitung dan mengira,
Saat berlalunya masa,
Menghitung waktu hilangnya nyawa mereka,
Seperti yang lainnya,
Berjuang demi negara,
Yang diserang kekejaman dunia.

Tanya sama hati,
Tergamakkah terus memandang?
Tertahankah terus memendam?
Mendengar dentuman peluru perang,
Melihat dunia kian kejam.

Tanya sama hati,
Pekakkah telinga?
Butakah mata?
Tertahankah rasa?
Andai segalanya itu terjadi pada kita.

Andai,
Kekuatan kita tak mampu dijadikan senjata,
Ketabahan kita tak mampu dijadikan perisai,
Sedang kemarahan membara,
Perit di sana seakan terasa,
Bekalkan mereka doa,
Agar hati mereka kian kental,
Agar jiwa mereka kan terus kebal.

Sunday, February 20, 2011

CiNtA TeRLaRaNg

Posted by Miss Zahira (saya sukakan Pari-Pari jadi saya suka orang panggil saya paripari) at 5:35 AM 0 comments Links to this post

Fisya mengeluh. Otaknya masih ligat memikirkan perkara yang berlaku tadi.
Dia akur, dia semakin tewas dengan perasaannya sendiri. Puas sudah menepis, jenuh juga mengelak tetapi perasaan itu semakin memaksa.

Dulu, insan itu yang paling dibencinya. Menabur ayat manis sana sini. Berjalan megah. Berlagak tenang sentiasa. Tapi ntah kenapa dia popular di kalangan pelajar kampus. Ntah apa kelebihannya.

Dia perempuan. Sama dengan Fisya. Cuma yang berbeza, dia tak kelihatan seperti itu. Dia lebih senang mengenakan pakaian lelaki. Rambutnya dipotong pendek persis lelaki metroseksual. Gaya jalannya juga langsung hilang ayunya. Kasar! dan dia digelar ' Pengkid'.

Memang dia berbeza. Namun hati Fisya tidak pernah goyah. Memandang pun rasanya dia tidak sudi. Insan seperti itu berkata-kata seindah rupa. Keikhlasan ntah terselit dimana. Fisya tak pernah yakin. Tak pernah sekalipun dia percaya. Tak pernah terlintas di fikirannya, tak pernah wujud dalam hatinya perasaan sebegitu. Lagipun, dia sememangnya tidak boleh.

Tapi itu dulu. Kini Fisya seolah-olah mulai mengalah. Egonya yang melangit seakan-
akan menjunam jatuh.

Dia memandang ke arah meja bersebelahan katilnya. Bunga itu masih di situ. Tak
dibuangnya seperti selalu. Coklat dibiarnya tidak berjamah malahan masih seperti belum terusik. Pembungkusnya cantik. Berwarna merah jambu, warna kegemarannya. Lalu dia mencapai kad yang masih melekat pada pembungkus itu. Membacanya berulang kali.

" Walau sekalipun aku tidak kau pandang, relakan aku terus memandangmu".

Fisya mengeluh lagi.

*************************************************************************************

Langkah diatur perlahan. Tak selaju biasa. Keyakinan dirinya semakin menghilang. Fiq akur. Gadis itu susah benar mahu dilenturkan. Keras semacam hatinya. Puas dilakukannya pelbagai cara. Memandang pun tidak, apatah lagi bersuara.

"Agaknya dia tidak boleh menerima cinta yang sebegini." Fiq bersuara di dalam
hati. Dia tahu dia sebenarnya tidak boleh terus-terusan begitu, seakan-akan memaksa Fisya menerimanya.

Cuma, perasaan itu seringkali menderanya. Perasaan yang sukar digambarkan. Perasaan yang mula dirasanya ketika di zaman kanak-kanaknya dulu lagi. Kadang-kadang, dia juga pelik. Dia tahu dia tidak seharusnya berperasaan begitu. Tapi, susah benar nak dihilangkan perasaan itu.

Di kampus, dia sangat diterima. Ntah kadang-kadang dia pun tak tahu mengapa. Mungkin kerana rupa semulajadinya yang comel. Cara berpakaiannya yang semakin diterima. Ada saja gadis yang cuba menggodanya. Tetapi yang pasti, mereka tidak sekeras hati gadis itu.

Pernah dia memberi alasan sekadar mahu berkawan rapat. Tiada tindak balas. Fisya membatu seperti selalu. Senyum pun tidak. Susah. Sehinggakan dia terpaksa curi-curi lihat gadis itu ketika bersama kawan-kawannya. Senyuman yang tidak pernah diraihnya itu diperhatikan sahaja. Manis di sana. Tapi pastinya kelat kalau di dekatnya.

Bagi Fiq, bukan senyuman itu yang terlalu menarik, tetapi sikap Fisya yang dirasakan lain. Kelam kabutnya membuatkan mata Fiq tidak jemu memandang. Kadang-kadang Fiq tersenyum sendiri. Kalau Fisya berjalan ada sahaja barang dilanggarnya. Barang dipegang pun boleh jatuh. Itu yang membuatkan Fiq sangat suka mengusik Fisya awalnya.

Tapi perasaan itu semakin tidak dimengerti. Tidak terkawal lagi. Dia suka melihat gadis itu. Semakin suka sehingga dia semakin lupa.

*************************************************************************************

Mata Fiq meliar. Sesekali dia menoleh ke belakang. Kelas dah bermula tapi kelibat
Fisya langsung tak kelihatan. Dia mula gelisah.

" Tak kan sebab semalam, dia dah tak mahu datang ke kelas". Hatinya bersuara.
Fiq menepuk bahu Liya di sebelahnya.

"Kau nampak Fisya tak? Dia tak datang kelas ke?".

Liya mengesat-ngesat matanya yang masih layu. Hampir dia bersuara kuat tadi setelah ditepuk Fiq. Terkejut dari lena. Dia ingatkan Miss Mira yang menepuknya. Nasiblah dia tak bersuara tadi, kalau tak pasti satu kelas akan tahu dia curi-curi tidur.

"Manalah aku tahu, bukan aku jaga tepi kain atuk nenek dia, kau tanyalah kawan-kawan serumah dia. Ha, yang kau sibuk-sibuk tanya dia kenapa? Tu Miss mengajar kat depan tu
, belajarlah. Jangan nak berangan pulak."

Fiq bengang. Ntah apa angin 'minah sorang' ni.

Pintu dibuka tiba-tiba. Fisya meluru masuk.

"Minta maaf Miss, saya terlambat. Kunci rumah saya hilang tadi. Puas cari baru jumpa."
Fisya memberi alasan. Dalam hati berdoa tidak dimarahi.

"Tak apalah, duduk cepat". Miss Mira mengajukan tangannya ke depan.

Fisya pantas berjalan mencari tempat. Sedang dia melalui sebelah tempat duduk Fiq, dia bersuara perlahan.

"Terima Kasih".

Fiq mengetuk kepalanya sendiri berulangkali. Bimbang dia sedang bermimpi. Gadis itu mengucapkan terima kasih buat pertama kali. Fiq menoleh ke belakang. Dia tersenyum. Dan senyumannya berbalas. Terasa melayang seluruh tubuhnya. Apa yang Miss Mira bebelkan lansung tak masuk ke kepalanya. Jantungnya seolah-olah berdegup laju, hati seakan berirama memainkan lagu. Ntah lagu apa serancak itu. Hendak menoleh lagi risau Miss Mira perasan pula. Yang pasti dia sangat gembira. Mahu saja dia menjerit. Lantas jari jemarinya menari.

"Fiq Luv Fisya". Di atas meja dilahirkan perasaan itu.

*************************************************************************************

"Kau tak boleh Fisya. Langgar hukum alam namanya tu. Kau tak risau ke nanti orang mengata?"

Min cuba menasihatkan teman baiknya. Memang, dia juga tidak sempurna. Ada sahaja silap dilakukannya. Tapi dia tak mahu kelak masalah melanda Fisya.

"Aku tahu tu. Tapi sebelum ni pun, ada je perempuan lain dengan dia. Tak ada yang mengata sangat pun. Lagipun, aku bukan serius. Saje nak mengisi masa yang dah terlampau lapang ni. Kau janganlah risau. Anggap je lah kami berkawan biasa aje".

Fisya nekad kali ini. Dia benar-benar sudah mula sayangkan Fiq. Sengaja dia berkata begitu untuk menenangkan hati sahabatnya itu. Kawan biasa? Perasaannya sendiri sebenarnya tidak menerima istilah itu. Fisya mencari istilah sesuai bagi menggambarkan perasaannya. "Cinta Terlarang." Ya. Itu lebih sesuai. Fiq Cinta Terlarangnya...

************************************************************************************

Fiq membuka radio lalu merebahkan badannya ke katil. Lagu Cinta Terlarang nyanyian The Virgin kedengaran memenuhi ruangan biliknya. Penat memang penat. Tapi bersama Fisya seharian membuatkan dia lupa segalanya. Menonton wayang. Jalan cerita yang tak berapa difahaminya. Sibuk memerhatikan Fisya yang tak berhenti mengunyah popcorn.
Tak pernah dirasainya perasaan seperti itu. Memang Fisya bukan gadis pertama dalam hidupnya. Tapi, bersama Fisya tidak sama seperti gadis sebelumnya. Manja. Kebudak- budakan. Melayan kerenah Fisya membuatkan dia rasa sangat diperlukan.

Dia puas melayani kerenah Fisya. Gadis yang diburunya semenjak pertama kali terlihat. Kini gadis itu sudi menjadi kekasihnya. Fisya menerimanya akhirnya.

Memang acap kali dia terdengar suara-suara belakangnya yang mulai curiga, menabur pelbagai cerita. Fiq tak ambil peduli. Baginya, mereka tak memahaminya. Mereka tak merasai perasaan itu. Mereka tak punyai naluri sebegitu. Selagi Fisya bersamanya, dia akan bahagia.

"Terima kasih sayang. B sayang kamu selamanya".

Seketika kemudian mesej berbalas.

"Sama-sama. Sayangkan kamu juga".

************************************************************************************

"Happy Birthday sayang. B sayang BB".

Fisya tersenyum. Dia membuka laci almari, meletakkan kad itu bersama kad-kad lain. Semuanya pemberian Fiq. Tak terhitung lagi jumlahnya.

Bunga itu dicium. Sesekali tangannya gatal mahu mencabut kelopak-kelopak bunga. Fisya bukanlah "Minah Bunga". Dia tak terlalu mengagumi bunga seperti gadis-gadis lain. Tetapi atas nama sayang yang terlalu, dia mulai menanam perasaan suka pada bunga. Masakan tidak, dalam sebulan ada sahaja bunga yang bertandang di hadapan pintu rumahnya.

Dicapainya pula 'Teddy Bear" di hujung katil. "Ucuk" nama panggilannya. Nama yang direka bersama Fiq. Itu juga pemberian Fiq. Tanda sebulan bersama, katanya..

Fisya benar-benar rasa dihargai. Perasaan yang tak pernah dirasainya sebelum ini bersama lelaki-lelaki dalam kisah silamnya.

Fiq sentiasa ada ketika diperlukan. Tidak lokek menyerahkan bahu ketika Fisya menangis. Tidak penat memujuk ketika Fisya memuncungkan mulutnya. Setitis air mata yang mengalir dari mata Fisya, dikira sebagai deritanya juga. Rajuk Fisya, penghias hidupnya.

"Bagaimana hendak ku lupakan insan se"sweet" dia. Bagaimana nak ku tinggalkan semua ini??".

**************************************************************************************

"Dulu lagi aku dah nasihatkan, langsung kau tak dengar. Kau tetap dengan pendirian kau. Sekarang? Aku dah cakap, soal hati bukan boleh dibuat main. Aku dah cakap, kau tak kan selamanya dengan dia. Kau ni degil. Sekarang dah jadi macam ni, macam mana kau nak patah balik?'.

Min menghayun tangannya berkali-kali. Mukanya merah padam menahan marah.

"Aku tak tahu aku akan sayangkan dia sampai macam ni". Fisya bersuara perlahan. Bergetar menahan sebak.

"Aku tahu aku salah. Tapi aku tak ada kekuatan nak tinggalkan dia. Sungguh, aku sayang dia Min. Kalau boleh aku nak bersama dia selamanya. Aku rela tak kahwin".

Min pantas mengangkat muka. Mahu sahaja ditampar sahabat baiknya itu.

"Kau jangan buat aku marah Fisya. Kau sedar tak apa kau cakap ni?Aku memang tak patut biarkan kau dari dulu lagi.

Min nekad. Dia harus melakukan sesuatu!

************************************************************************************

Fiq resah. Seharian tiada khabar berita dari Fisya. Kemanakah dia? Dia mula mengelamun. Kalau boleh, dia mahu bersama gadis itu selamanya. Tak mahu dipisahkan sehari pun. Sedangkan sekejap itu pun dia sudah resah. Dia memerhati gambar Fisya. Memerhati gambar mereka satu persatu. Perasaan itu semakin dalam. Sukar nak dikikisnya lagi. Sayang yang teramat. Kasih yang terlalu. Bagaimana hidupnya tanpa Fisya? Sukar digambarkan rasanya nanti.

"Mampukah aku kehilangan dia."

Ntah perasaan apa yang merasuk. Ntah kenapa dia semakin sayu. Laju air jernih mengalir meninggalkan matanya.

"Sememanganya aku tak boleh memilikinya".

Fiq melayan emosinya. Perasaan yang mempermain-mainkannya. Dia melihat cermin.

"Aku sempurna fizikalku. Tetapi bukan untuk bersatu dengannya. Jiwaku ini sungguh untuknya. Tetapi pasti bukan selamanya."

Dia teringat pertanyaan Fisya...

"B, hubungan kita sampai bila??".

"Kenapa tanya macam tu? Kamu dah tak mahukan B??".

"Bukan macam tu, BB cuma nak tanya".

"Mmm.. Sampai kamu jumpa bakal suami kamu. Masa tu B akan lepaskan kamu. Demi kebahagiaan kamu."

"Habis B macam mana?"

"B tetap akan macam ni. menyayangi kamu selamanya. Hati B tetap untuk kamu. Sekalipun kamu bukan dengan B nanti. B akan perhatikan kamu, senyum untuk kamu, perasaan ini tak akan berkurang sedikit pun. B janji sayang kamu selamanya. B janji kamu yang terakhir".

Fiq sendiri sebenarnya tak pernah terfikir tentang itu sebelum itu. Fisya membuatkan dia terfikir tentang kelak hidup mereka.

Telefon tiba-tiba berbunyi. Lamunannya terhenti.

*************************************************************************************

Jaketnya dicapai pantas. Diambilnya kunci kereta. Fiq terkejut dengan mesej yang baru diterimanya. Air mata mengalir deras. Terasa nafasnya seolah-olah tersekat. Otak seakan berhenti berfungsi. Kaki tangannya ketar.

Fiq memecut kereta. Tak diendahkan lagi kereta-kereta lain di jalan. Yang pasti dia tak mahu kehilangan.

"Kenapa kau sanggup?". Fiq bertengkar dengan ilusinya. Mencari konklusi di sebaliknya.

"Dan kenapa tiba-tiba? Apa salahku?". Ilusinya kaku. Imaginasinya membisu. Tiada sebarang jawapan untuk setiap pertanyaan hatinya.

"B, BB sekarang dekat 'airport', Papa nak hantar BB belajar kat London. BB nak beritahu awal tapi Papa dah rampas 'handphone' BB. Min dah beritahu Papa semuanya. BB minta maaf. Agaknya memang sampai sini aje hubungan ni. B jaga diri baik-baik. BB harap B jumpa cinta sejati B nanti".

Mesej itu dibaca lagi. Lesu seluruh anggota badannya. Terasa longgar jari jemari. Terasa sesuatu tersekat di kerongkongnya. Air mata itu tidak pernah simpati. Mengalir jua sedangkan dia terkaku...

************************************************************************************

Fisya menoleh lagi. Seakan tidak percaya dengan apa yang baru dilihatnya. Tujuh tahun berpisah, tak sangka bertemu semula di situ. Lipatan kenangan dibukanya satu persatu. Masih segar di mindanya.

Fisya tersenyum. Dia mahu mengejar kelibat tadi. Pasti dia tidak tersilap biarpun jauh. Matanya mungkin tersilap tetapi gerak hatinya tak mungkin salah. Tingginya, matanya masih sama.

Langkahnya diluaskan. Laju mengejar. Seakan-akan berlari kecil. Lalu disentuh bahu itu. Disapa dengan senyuman.

"Maafkan saya, kalau tak silap awak ni Syafiqah kan? Fisya menduga.

Dia berhenti. Tangannya yang sedari tadi berpegangan dilepaskan. Lalu ditenung wajah dihadapannya. Lama dia terdiam. Masa juga seakan berhenti memberi peluang. Dibukanya potret kenangan silam. Kemudian dia tersenyum. Manis!

"Ya, ini saya Syafiqah, tak sangka awak masih kenal saya". Dia bersuara.
Serak suaranya masih sama. Getaran itu masih dapat dirasa.
Fisya terus mentelaah sudut wajah itu. Rupa yang dulu dibiarkan kosong, nampak serinya dengan calitan solekan tipis. Mata bundar itu nampak lebih indah. Dan yang paling sukar dipercayai, gadis di hadapannya kini berbaju kurung merah jambu. Rambutnya kini melepasi bahu dibiarkan lepas bernafas. Sesekali berterbangan ditiup angin petang.

Tak pernah langsung terlintas di sudut mindanya, akan bertemu Fiq berkeadaan begini. Sukar digambarkan perasaan itu. Lain. Lama sudah mereka berpisah. Fiq benar-benar berubah. Sama sepertinya. Dia juga sudah berubah. Sudah dibuangnya perasaaan itu jauh-jauh. Di London, dia menemui cintanya. Cinta yang direstui keluarganya. Kenangan mereka memang masih berbekas di hatinya. Tapi perasaan itu cuma tinggal parutnya.
"Mmm kenalkan, ini suami saya, Hariz."
Fiq kembali bersuara sambil mengangkat tangan yang dilepasnya tadi. Lalu digenggam erat tangan itu. Dia kelihatan yakin.

Fisya meneliti wajah disebelah Fiq. Dia kembali mengukir senyum.

"Sebenarnya dialah cinta terakhir kamu, cinta sejati kamu. Saya berbahagia kerana itu. Kamu menemuinya akhirnya." Desisnya di dalam hati.

CeRiTa LuCu

Posted by Miss Zahira (saya sukakan Pari-Pari jadi saya suka orang panggil saya paripari) at 1:56 AM 0 comments Links to this post

SAAT INDAH AWAL PERKAHWINAN

Teruna: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara: Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna: Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara: Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara: Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna: Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara: MAhukah kau menciumku?
Teruna: Ya! Dara: Sayangku....!

Sesudah 5 tahun perkahwinan....

Sila baca dari bawah keatas

SEJARAH NAMA NEGERI PAHANG

Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.

ROBOT KESAN BOHONG

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...dan semua terdiam...

MENANTU HANTU

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".

PUISI SUAMI NAK KAHWIN LAGI

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya
bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...

*** Balasan Puisi sang isteri***
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran
mu...

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...

MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!

Oh, please lah....!!!
NAK KAWIN LAIN KONON!!!

Thursday, February 17, 2011

RaHSiA BuLaN KeLaHiRaN

Posted by Miss Zahira (saya sukakan Pari-Pari jadi saya suka orang panggil saya paripari) at 2:00 PM 0 comments Links to this post