BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 14, 2011

dOnT JuDgE a BoOk bY iT's CoVeR..

Kata-kata ini lah yang selalu disuarakanku pada mereka-meraka yang beranggapan negatif dan serong berdasarkan pemerhatian mereka pada luaran sesetengah individu. Dan ada pula yang menjawab semula. 'But Da Book Got It's Cover. Yep. Mmg benar kata-kata sesetengah daripada masyarakat 'pakaian itu melambangkan peribadi'. Tak pernah pula cuba kusangkal. Cuma...aku terpanggil untuk menulis, menyuarakan pendapat berdasarkan pengalaman yang aku alami sendiri. Dan begini kisahnya....

Suatu hari, pada suatu waktu, (aku sendiri sudah lupa tarikh dan waktunya), aku baru pulang dari Melaka setelah menemui seorang kawan di sana. Sesampainya aku di Hentian Bas Pudu, aku menunggu seseorang untuk menjemputku pulang. Dalam masa itu, aku cuma berdiri di kawasan lapang, kawasan lalu lalang orang-orang di situ. Sesak dengan kesibukan asal kota. Dan aku mula memerhati....

Tiada apa yang menarik sehinggalah aku terpandang kepada seorang perempuan agak jauh dari tempatku berdiri. Rupanya tak berapa jelas. Berpakaian seksi, singkat-mingkat, terdedah sini sana. Anak mata nakalku mula mengekori gerak langkahnya. Sengaja mahu kucari 'bahan' untuk dijadikan santapan mata biarpun aku sememangnye perempuan. Pada mulanya aku tidak bertujuan untuk memandang rendah. Aku juga lebih kurang sama. Cuma pada ketika itu aku berpakaian lebih 'tertutup'. Tapi kemudiannya niat mula berubah. Lumrah perempuan. Ada sahaja yang nak diperhatikan. Mungkin untuk dijadikan tajuk untuk berdiskusi bersama kawan-kawan. Yelah, salah orang nampak aje, salah sendiri tutup mata.

Dia melangkah yakin. Tak menoleh kiri dan kanan. Ligat otakku memutar, mencari kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan makhluk yang kuperhatikan itu. " Bad Girl". Hati aku pun turut bersetuju. Menyokong apa yg diusulkan otakku tadi. Langsung aku lupa, aku sebenarnya tak jauh beza. Mungkin tidaklah seberani itu. Tapi aku juga tidak menutup auratku sebagaimana yang sepatutnya. Ntah kenapa, aku benar-benar lupa..

Sedang aku memerhati, dia berhenti. Hati kecilku bersuara jahat lagi. Ntah ape yang nak dibuatnya di kedai kecil itu. Dan dia, membeli, sebungkus roti dan air minuman (kalau tak silap). Makin jahatlah hati berbicara. Itu saja yang dia mampu??

Seketika kemudian, dia mengatur langkah. Patah balik ke arah mula-mula ku sedari kewujudannya tadi. Dan kemudian dia berhenti. Seorang wanita tua mendukung anak kecilnya yang menangis, merengek kelaparan. Dan rupanya situlah destinasi perempuan itu. Dia tunduk, lalu mengatakan sesuatu. Lalu dihulurkan bungkusan tadi.

Aku tergamam. Hati yang asyik benar mengata tadi turut terdiam. Otak seolah-olah mencari erti. Buat seketika, aku merasakan aku ini lebih teruk darinya. Ya, aku juga nampak perempuan tua itu. Dari tadi aku nampak. Tapi tidak pula terus-terusan kuperhatikan. Dan ntah kenapa, tak tergerak hati jahatku, untuk melakukan seperti mana perempuan itu lakukan. Lalu kupandang sekeliling. Ramai orang lalu lalang. Tapi tidak ada yg berhenti menghulur simpati. Kulihat lagi pakaian mereka. Cantik, tidak seteruk perempuan itu, tidak terdedah sana sini. Malah ada yang bertudung, ayu dan sopan. tapi mereka juga tak peduli. Mereka sekadar pemerhati sepertiku. Dan mata ini, mula berkaca. Ntah apa ertinya....

Kisah ini dah lama berlaku. Tapi, masih lagi menjadi pengingatanku. Lalu aku ceritakan pada keluarga, teman2 rapatku dan kepada kalian.. Bukan bertujuan untuk 'menegakkan benang yang basah'. Yang salah itu tetap salah. Aku tak menafikan. Cuma sesekali, kita..malah aku juga, bersihkan hati yang penuh dengan sangkaan2 negatif pada orang sekeliling. Usah dijadikan luaran itu sebagai rupa penuh seseorang. Kita masing2 dikurniakan hati..jauh di dalam.. Mampu kah kita memerhatikan baik dan buruk hati itu sama seperti kita perhatikan luaran individu itu?
Dan buat seketika sebelum mengata, sebelum bersuara, perhatikan, nilaikan diri kita sendiri. Sempurnakah kita? Kita memang punyai hak untuk menegur sesama kita. Tapi usah letakkan suatu pandangan berdasarkan pemerhatian semata. Mana tahu, insan yang kita jadikan topik hangat untuk brcerita hari ini kerana keburukannya yang terlihat oleh kita, suatu hari menjadi lebih baik dari kita.. So, sama-samalah kita fahami ye....

No comments:

Monday, February 14, 2011

dOnT JuDgE a BoOk bY iT's CoVeR..

Posted by Miss Zahira (saya sukakan Pari-Pari jadi saya suka orang panggil saya paripari) at 3:08 PM

0 comments on "dOnT JuDgE a BoOk bY iT's CoVeR.."